Ustaz Yusuf 071121

Kuliah Subuh

• Manusia semasa kelahirannya adalah seorang yang lemah. Memerlukan bantuan dan jagaan.
• Jika dibandingkan dengan makhluk yang lain, manusia ketika itu sangat tidak bermaya. Perlu bantuan dari serba segi.
• Setelah membesar barulah manusia itu menjadi kuat serta mempunyai fikiran yang waras.
• Tetapi apabila sudah tua, manusia kembali menjadi lemah. Perlu penjagaan.
• Setiap orang memerlukan rangkaian sokongan. Tiada manusia boleh hidup dengan sendiri sahaja.
• Orang tua-tua, anak-anak yatim, orang-orang yang miskin memerlukan bantuan orang lain. Mereka tidak dapat mengendalikan hidup secara sendiri.
• Perangai manusia juga selalu tergesa-gesa didalam melakukan beberapa perkara didalam hidup nya.
• Maka untuk bertenang manusia perlu hidup bermasyarakat.
• Didalam solatnya perlulah diamalkan solat berjemaah. Supaya tidak tergesa-gesa didalam melakukannya.
• Begitu juga didalam mencari panduan kehidupan ini, manusia perlu menimba ilmu. Dari sumber yang benar.
• Bagi orang yang beriman, panduan hidupnya hendaklah berpaksi kepada Al Quran dan Sunnah Baginda SAW.
• Belajar dengan guru-guru yang ikhlas dan bertanggungjawab. Mengajar ilmu agama yang benar. Tidak terkeluar daripada aqidah dan syariah yang ditetapkan Allah SWT.
• Cabaran orang yang beriman sentiasa menghadapi ujian daripada godaan syaitan dan ajakan nafsu yang ingin menyesatkan hidupnya.
• Sebagai manusia yang lemah perlukan bantuan Allah SWT.
• Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914