Ustaz Nasharudin 111121

Kuliah Maghrib

• Didalam Surah Al Imran ayat 195 Allah SWT berfirman: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".

• Pentingnya untuk kita berdoa. Mestilah berdoa dengan bersungguh-sungguh.
• Allah SWT tidak akan mensia-siakan amalan hambanya.
• Sebagai sesaorang mukmin hendaklah yakin bahawa Allah SWT berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki NYA.
• Orang yang beriman yang hidup didalam zaman moden perlulah menjaga iman.
• Walau macamana tinggi kemodenan dan kemajuan yang dikecapi jangan sama sekali membelakangkan iman kepada Allah SWT.
• Setiap masa dihiasi amalan yang Soleh kerana mendekatkan diri dengan Allah SWT serta menuruti sunnah Rasulullah SAW.
• Sesiapa yang bersungguh sungguh untuk mendekati Allah SWT, tidak akan disia-siakan amalannya. Di dengari rintihan doanya.
• Masa yang berlalu sepatutnya dihiasi dengan amalan yang berganda. Kecintaan kepada dunia semakin hari berkurangan dan keinginan menuju kejayaan diakhirat makin menebal.
• Hijrahkan diri daripada fokus kepada duniawi. Kearah fokus kepada akhirat. Cari jalan kejannah. Selagi ada hayat dikandung maka sesaorang itu adalah musafir menuju ke akhirat.
• Para alim ulama selalu mengingatkan agar menghidupkan malam dengan qiamullail serta menjaga silaturrahim.
• Habiskan masa yang berbekal dengan diisi dengan ilmu dan amal. Mendekati para alim ulama didalam majlis ilmu.
• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914