Ustaz Dato' Nahrawi 151121

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman mengharapkan keampunan Allah SWT
• Mereka yakin akan segala harapannya akan dikabulkan NYA
• Walau apa pun yang berlaku setiap orang yang beriman yakin bahawa Allah SWT tetap merahmati dan melimpahkan kasih sayang NYA keatas setiap hamba
• Perlulah dijauhkan diri daripada maksiat serta memohon keampunan NYA.
• Ujian yang dihadapi terutama mereka yang menghidapi penyakit Covid 19 itu merupakan pengajaran kepada umat manusia, terutama orang mukmin.
• Setiap mukmin yang melafazkan dua kalimah syahadah serta yakin dengan nya. Maka syurgalah harapan nya. Dengan syarat amalannya bertepatan dengan lafaznya.
• Yakin bahawa syurga adalah ganjaran bagi setiap mukmin yang beriman dan beramal akan segala ajaran baginda Rasulullah SAW. Yakin serta mengharap dengan bersungguh-sungguh.
• Allah berfirman dalam sebuah hadis qudsi,"Aku menyesuaikan diri dengan sangka hamba-Ku terhadap Ku. Dan Aku bersamanya ketika ia mengingat Ku. Apabila ia mengingat-Ku dalam hatinya, Ku ingat dia dalam hati-Ku."

"Kalau dia mengingat-Ku dan menyebut-nyebut Ku di depan umum, maka Ku ingat dan Ku sebut-sebut dia di khalayak yang lebih baik. Siapa yang mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat sehasta, Aku akan mendekat kepadanya sedepak."

"Dan siapa yang datang kepada Ku dengan berjalan, Aku datang menyambutnya dengan berlari,"
• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914