Ustaz Shamsuddin 201121

Kuliah Subuh

• Mempelajari ilmu agama memerlukan seorang guru. Terutama ilmu tasawwuf.

• Hubungan guru dengan muridnya bukan sahaja secara fizikal tetapi hubungan itu juga secara emosi, rohani.

• Hubungan rohani guru dengan muridnya lebih kuat daripada hubungan rohani anak dan bapa.

• Seorang murid perlu meminta restu gurunya untuk menyampaikan ilmu tasawwuf.

• Sekiranya murid menyampaikan ilmu tasawwuf tanpa restu gurunya maka yang disampaikan tidak ada nur. Tidak barakah.

• Ilmu yang mendapat restu akan mempunyai nur ketika disampaikan. Akan dapat meresap ruang jiwa yang mendengarnya.

• Walau macamana rumit ilmu yang disampaikan sekiranya gurunya sudah memberi 'accreditation' maka itu merupakan satu tauliah yang dia sudah mencapai tahap yang baik.

• Perlu juga diteliti siapakah yang akan menerima ilmu tasawwuf ini. Adakah  mereka mempunyai asas untuk memahaminya. Inilah perlu sesaorang yang hendak menyampaikan ilmu ini mendapat kerestuan gurunya. Ijazah daripada gurunya.

• Sistem sebegini dapat memastikan content ilmu tasawwuf itu mengikut standard yang ditetapkan Ulama'. Sebaiknya mengajar menggunakan kitab.

• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914