Ustaz Wan Mohd Mizan 19/11/21

Kuliah Maghrib

• Sesiapa yang Allah SWT memberi kebaikan maka diberinya ilmu agama.
• Begitu juga sesiapa yang diberi kebaikan maka dia akan diberikan ujian.
• Kejayaan yang sebenarnya adalah kejayaan diakhirat.
• Kejayaan didunia ini lebih banyak tidak benar daripada benarnya.
• Manusia yang bagaimana hebatnya amalan tidak menjamin sesaorang itu berjaya diakhirat, sekiranya Allah SWT tidak mengampunkan dosanya.
• Hendak berjaya diakhirat hendaklah bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah SWT.
• Tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya adalah diberi kesempatan hamba itu bertaubat sebelum mati.
• Ahli syurga bukanlah yang tidak melakukan kesilapan, tetapi mereka diampunkan dosanya sebelum menemui ajal.
• Sesiapa pun orang itu, tetap akan diuji oleh Allah SWT. Baik yang kaya ataupun yang miskin.
• Rezki yang diberikan oleh Allah SWT tidak semestinya hartanya. Tetapi rezki itu kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat.
• Orang yang sedang sakit lebih banyak mengingati Allah SWT daripada orang yang sihat. Jadi sakit itu merupakan rezki baginya.
• Apabila hamba itu diuji dia banyak mengingati Allah SWT. Jarang orang yang senang-senang banyak mengingati Allah SWT.
• Maka perlu orang yang beriman selalu memohon ampun serta bertaubat akan kesalahan dan kesilapan.
• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914