Ustaz Muhaimin 121121

Kuliah Subuh

• Cabaran bagi orang yang beriman dizaman ini adalah berluas luasanya kejadian maksiat.
• Ramai orang awam, yang melakukan maksiat, meminta kepada Allah SWT agar dilindungi perbuatan itu daripada pengetahuan awam. Kerana hendak menjaga kedudukan duniawi.
• Tetapi bagi orang yang beriman dimohon kepada Allah SWT agar ditutupi pintu untuk melakukan maksiat.
• Takut jika dia melakukan maksiat, perbuatan itu dilihat oleh Allah SWT.
• Orang yang tidak kuat iman mereka, takut agar maksiat-maksiat nya diketahui oleh orang ramai. Tetapi dia tidak takut yang Allah SWT tahu akan apa yang dilakukan nya.
• Khianat mata tidak dilakukan oleh sesaorang dihadapan orang ramai, tetapi bila dia berseorangan maka dilakukan maksiat tersebut. Apakah dia lupa yang perbuatan itu dilihat oleh Allah SWT.
• Perbuatan tersebut juga menunjukkan ada kecacatan iman mereka.
• Bagi orang yang kuat iman mereka, takut melakukan maksiat kerana Allah SWT. Takut ketika hendak menjawab diakhirat nanti.
• Mereka berdoa agar diterima taubat. Serta memohon agar dikekalkan taubat itu sehingga akhir hayat.
• Mereka juga memohon agar tidak terlintas didalam hati untuk melakukan maksiat. Tidak merasa nikmat melakukan nya.
• Kita harus sedar bahawa manusia menghormati diri kita kerana Allah SWT yang menutup  keaiban dosa kita. Setiap manusia ada dosanya. Maka harus sedar dan berbanyaklah bersyukur akan nikmat Allah SWT.
• Bila orang memuji Saidina Ali, dia berdoa agar menjadikan dirinya lebih baik daripada pujian tersebut.
• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914