Ustaz Ahmad Dahsuki 091121

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman sepatutnya makin hari makin takut kepada Allah SWT
• Surah Al Hadis ayat ke-16. Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
• Pada hari ini kesan pendemik cukup besar. 28 ribu orang di Malaysia telah terkorban oleh virus ini.
• Adakah mereka yang mati kerana virus ini telah cukup bersedia untuk menghadapi sakaratul maut.
• Apabila malaikat maut datang untuk mencabut ruhnya, kebanyakan manusia meminta malaikat menangguhkan.
• Apabila RUH sudah sampai kehalkum baru kebanyakan orang hendak bertaubat.
• Sesudah sampai kedalam kubur ramai yang merayu agar dihidupkan kembali.
• Bagi sekelian orang yang masih diberi ruang hidup perlulah mengambil peluang yang dianugerahkan Allah SWT.
• Orang yang beriman perlu menyiapkan diri untuk menghadapi sakaratul maut, tidak seperti kebanyakan manusia yang kafir dan munafiq.
• Orang yang beriman sepatutnya mengambil pengajaran akan kemusnahan akibat pendemik COVID.
• Sepatutnya hati orang yang beriman yang diberi ruang untuk hidup jadi semakin takut kepada Allah SWT.
• Berlumba-lumba melakukan ibadah untuk mendekati Allah SWT. Kena cepat. Jangan bertangguh.
• Rasulullah SAW menggunakan kalimah cepat- cepat beribadat kepada Allah SWT. Jangan jadi seperti setengah orang yang beriman diwaktu siang dan kafir selepasnya.
• Orang yang beriman hendaklah fokus didalam hidup. Jangan sibukkan diri dengan dunia hingga terlepas akhirat. Jauhkan dari mengejar harta dan jawatan. Belajar membaca Al Quran. Susunkan amalan yang soleh.
• Bagi orang yang beriman jawatan itu bukanlah tahta tetapi ianya satu kewajiban. Yang akan dipersoalkan didalam kubur kelak.
• Contoh sesaorang yang diberikan jawatan dan tahta tetapi diakhir hayatnya dihinakan Allah. Firaun merupakan contoh yang dikhabarkan Allah SWT kepada manusia melalui Al Quran.
• Orang yang beriman hendaklah mengejar syurga. Beribadat dengan bersungguh-sungguh. Dekatkan diri dengan Allah SWT. Solatnya khusyuk. Diawal waktu. Berjemaah disaf pertama.
• Jangan melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
• Memperbanyak membaca Al Quran Dan berzikir. Jangan membuang masa tanpa diisi dengan amalan.
• Harta yang ada sepatutnya dijadikan bekalan akhirat. Dengan bersedekah. Kejalan yang diredhai Allah SWT.
• Orang yang ingin kesyurga hendaklah merapatkan diri dengan Baginda Rasulullah SAW.
• Meneruskan perjuangan yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad, Rasulullah SAW. Mengikut sunnah Baginda. Serta memperbanyakkan selawat keatasnya.
• Dekatkan diri dengan para alim dan Ulama'. Carilah orang-orang yang Soleh kerana mereka adalah orang yang dicintai Allah SWT. Wali Allah SWT ada disekeliling kita.
• Untuk mencari syurga Allah SWT hendaklah orang-orang yang beriman memperbanyakkan bertaubat. Jangan melakukan khianat kepada manusia.
• Isikan hidup dengan perkara yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.
• Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914