Ustaz Dato' Nahrawi 180923

Kuliah Maghrib

• Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا

Maksudnya: "Apabila salah seorang daripada kamu makan, maka janganlah dia menyapu tangannya melainkan setelah dia menjilatnya atau dijilatnya." [Riwayat al-Bukhari (5456) dan Muslim (2031)]

• Imam al-Thabarani:



رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثِ: بِالْإِبْهَامِ، وَالَّتِي تَلِيهَا، وَالْوُسْطَى، ثُمَّ رَأَيْتُهُ يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا، وَيَلْعَقُ الْوُسْطَى، ثُمَّ الَّتِي تَلِيهَا، ثُمَّ الْإِبْهَامَ

Maksudnya: "Aku telah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Kemudian, aku juga telah melihatnya menjilat tiga jarinya sebelum menyapunya (membersihkannya). Baginda SAW menjilat jari tengah, kemudian selepas daripada itu (jari telunjuk) dan juga ibu jari. [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Awsath (1649)] [Lihat: 'Umdah al-Qari, 76-77/21]

• Dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi kecuali dia memelihara kambing." Para sahabat bertanya "Dan engkau?" Rasulullah SAW menjawab "Benar, aku pernah memeliharanya dengan upah beberapa qirath bagi penduduk Makkah."

HR Ibnu Majah

• Perkara memelihara kambing ada sesuatu kebaikan. Dari segi pembentukan siasah diri dan meninggikan ekonomi masyarakatnya.

• Baginda Rasulullah SAW juga menghadiri semua jemputan kenduri. Tidak dikira status orang yang menjemputnya.

• Satu ketika ada seorang penunggang unta memintas tunggangan Rasulullah SAW. Para sahabat resah sekirannya perbuatan itu menyusahkan baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak merasa apa apa kerana ketinggian sesaorang itu hanya bergantung kepada Allah SWT.

• Seorang yang beriman tidak sepatutnya bersikap sombong kepada orang lain. Sikap ini adalah satu perkara yang tidak boleh dilakukan sesiapa pun.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914