Ustaz Shamsuddin 100923

Kuliah Subuh

• Tawaduk boleh membawa seorang yang beriman menjadi takabbur.

• Jika seseorang itu merasa dirinya bersifat tawaduk serta menyatakan yang sedemikian, pada hakikatnya dirinya sebenarnya bersifat takabbur.

• Sebenarnya sifat tawaduk adalah bersifat merendahkan diri. Walhal nafsu hendak menonjolkan diri lebih tinggi daripada orang lain dengan sombong. Ini lah sifat takabbur. Maka sekiranya seseorang itu merasa yang dirinya bersifat tawaduk maka sikap demikian merupakan permulaan bibit takabbur.

• Perbezaan manusia dengan haiwan adalah dengan ilmu dan cara hidup yang bersyara'. Jika manusia hidup tanpa mematuhi hukum syara' maka dia adalah sama tarafnya dengan kehidupan haiwan. Orang yang bersifat takabbur berlawanan dengan cara hidup seorang yang beriman, bercanggah dengan hukum syara'. Sifat seperti itu pada hakikatnya sama taraf seperti haiwan, berkemungkinan lebih rendah lagi.

• Bagi sesaorang yang beriman jika dia hendak mencapai sifat tawaduk maka perlulah dia menundukkan nafsunya yang ingin menonjolkan dirinya.

• Sifat tawaduk merupakan sifat yang terpuji dari kalangan orang yang beriman.  Maka perlulah setiap orang yang beriman berazam dan berusaha mencapai tahap tawaduk didalam hidupnya.

• Orang yang tawadhu ialah orang yang jika melakukan perbuatan tawadhu, misalnya dengan duduk di barisan belakang majelis, ia melihat bahwa dirinya lebih rendah daripada yang diperbuatnya dan merasa layak untuk duduk di barisan paling belakang.

• Ibnu Athaillah juga mengungkapkan,

ليس المتواضع الذي إذا تواضع رأى أنه فوق ما صنع، ولكن المتواضع الذي إذا تواضع رأى أنه دون ما صنع

"Orang tawadhu' bukanlah orang yang ketika merendah ia melihat dirinya lebih mulia daripada yang diperbuat. Namun, orang yang tawadhu' adalah orang yang melihat dirinya lebih rendah daripada yang diperbuat."

• Orang yang bertawadhu' yaitu orang yang tidak menetapkan sifat tawadhu' itu pada dirinya sendiri, karena ia melihat sifat hina pada dirinya, sehingga dia tidak berani mengaku/merasa sudah bertawadhu', tanda orang yang tawadhu' itu apabila dia dicela, dihina tidak marah dan tidak sakit hati, dan ia tidak menginginkan kedudukan dikalangan masyarakat, dan tidak merasa punya kedudukan dimasyarakat.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914