Ustaz Shamsuddin 090122

Kuliah Subuh

• Rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya hendaklah diterima dengan beradab.

• Setiap apa rezeki yang diterima walaupun diberi oleh orang lain, tetapi yang hakikatnya pemberian itu daripada Allah SWT.

• Orang yang beriman apabila dia mendapat rezeki walaupun secara asbab diatas usahanya atau pengajian diatas kerjanya dan lain-lain perlu yakin bahawa rezeki tersebut adalah daripada Allah SWT.

• Rezeki itu perlulah didapatkan secara halal. Sekiranya sumber itu haram maka jangan sekali-kali diterimanya.

• Mencari rezeki yang halal itu hukumnya wajib, fardhu Ain.

• Sekiranya rezeki yang halal itu didatangkan tanpa apa-apa asbab, dinamakan tajrid didalam tasawwuf.

• Rezeki tajrid itu didatangkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Anugerah Allah SWT.

• Jika sesaorang itu menilai akan sumber rezekinya ternyata akan berjumpa dengan rezeki tajrid. Rezeki itu datang tanpa asbab.

• Rezeki tajrid dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya yang baik, amanah, jujur.

• Menerima rezeki tajrid perlu beradap. Dari segi tauhid yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Dari segi akhlak diterima dengan secara baik. Perbaiki hubungan dengan NYA sebagai mensyukuri nikmat pemberian-Nya.

• Orang yang beriman apabila mendapat rezeki yang tajrid diambil secara yang perlu sahaja. Yang selebihnya diberi kepada orang lain yang memerlukan.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914