Ustaz Syukri 141023

Kuliah Maghrib

• Apabila sesaorang yang beriman memohon keampunan daripada Allah SWT dengan bersungguh sungguh maka dosa itu berkemungkinan diampunkan.

• Rahmat Allah SWT serta kasih NYA kepada hamba- hamba NYA maka bukan sahaja diampunkan dosanya malah ditutupi aib nya.

• Bagi orang yang mukmin, kematian merupakan satu rahmat. Kerana mereka sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT dengan amalan yang Soleh.

• Sama ada kematian itu secara aman atau kematian didalam peperangan. Seorang mukmin akan pasti merasa ketenangan didalam kematian.

• Orang Palestin yang kuat mempertahankan iman dan agama mereka. Kematian mereka adalah seorang yang syahid. Walaupun hidup didunia ini penuh dengan cabaran dan gelora peperangan tetapi kematian mereka akan disambut dengan penuh kedamaian dialam Barzah.

• Orang beriman hendaklah bersiap sedia untuk menghadapi kematian. Dengan fokus yang kuat terhadap solat. Persiapkan keluarga masing-masing dengan penjagaan solat yang kuat. Solat merupakan sebagai tiang agama didalam Islam.

• Bertemulah kematian dengan iman dan amal yang soleh.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914