Pok Zan Lawyer 291023

Kuliah Maghrib

• Didalam keadaan semasa terdapat banyak kes penipuan. Dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya beriman.

• Bagaimana hendak tahu yang ada gerak penipuan terhadap diri kita.

• Ada orang yang menunggangkan agama untuk menipu. Di 'target' keatas orang masjid dan berpersatuan agama. Kerana orang yang kuat beramal semula jadi lembut hati untuk berinfak.

• Menipu dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran dan Hadis. Seperti Mekah Fund, Dana Hj Jasman dan sebagainya.

https://karseza.weebly.com/mecca-fund.html

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/03/41222/taktik-baharu-dana-haji-jasman

• Penipuan ini memang pakar didalam hal sebegini. Mereka akan serang Pak Iman dan AJK Masjid. Memang bila dengar rayuan mereka ramai akan terpengaruh. Sanggup bersumpah dengan nama Allah SWT dan Rasulullah SAW.

• Mereka yang penipu ini kadang kala menggunakan costume agama. Berjubah, Serban, dan sebagainya. Kerana orang akan melihat mereka sebagai orang alim yang kuat agama.

• Undang negara memang yang menetapkan penipuan sebegini adalah satu jenayah. Yang boleh dihukum jika sabit kesalahannya.

• Baru ini tersebar didalam akhbar mengenai penipuan jemaah haji dan umrah.

• Skim penipuan juga menggunakan akaun bank orang lain untuk menipu. Didalam aspek perundangan pemegang akaun bertanggungjawab keatas akaun tersebut. Dan boleh didakwa didalam mahkamah.

• Ada orang yang ditipu untuk menjual kad ATM kepada sindiket. Dibayar lumayan. Tetapi risiko menjadi akaun keldai.

• Perlulah setiap orang periksa akaun bank yang lama-lama dulu. Periksa di CRISS Bank Negara.

• Semak Mule pihak polis boleh semak jika ada orang yang menggunakan akaun kita.

• Terdapat juga penipuan keatas akaun media sosial. Mencuri akaun untuk meminta duit daripada kawan dan saudara mara kita.

• Begitu juga harus berwaspada dengan sekim pelaburan yang mengaku kelulusan syariah. Harus semak dahulu sebelum melabur.

• Wassalam. 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914