Ustaz Suhaimi 281023

Kuliah Subuh

• Riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya kepada sahabatnya: "Tahukah kamu sekalian, siapakah orang muflis itu?" Sahabat menjawab: "Orang muflis menurut kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan harta benda." Rasulullah SAW membalas: "Sesungguhnya orang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang pada Hari Kiamat kelak datang dengan ibadah solat, puasa dan zakat, tetapi ia dahulu selalu mencaci maki orang ini, menfitnah orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini. Maka, diberikan kepada setiap orang tadi daripada pahala kebaikannya. Sekiranya pahala kebaikannya sudah habis sebelum selesai ditunaikan semua tuntutan ke atasnya, akan diambil pula daripada dosa mereka, lalu dilemparkan pula ke atasnya. Kemudian akhirnya, dia akan dihumbankan ke neraka." Riwayat Muslim

• Daripada Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW memegang dua bahuku seraya bersabda:

كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ ، وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

Maksudnya: "Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang musafir." Dan adalah Ibn Umar RA berkata: Jika kamu berada di waktu petang, jangan kamu tunggu sehingga waktu pagi. Jika kamu berada di waktu pagi, jangan kamu tunggu sehingga waktu petang. Ambillah dari waktu sihatmu (bagi persediaan) untuk waktu sakitmu dan ambillah dari waktu hayatmu (bagi persediaan) untuk waktu matimu.

Riwayat al-Bukhari (6053)

• Didalam bab nikah kahwin untuk memahami hukumnya perlulah sesaorang itu mempunyai ilmu yang secukupnya. Kerana terdapat berbagai caranya sedangkan amalan setempat mungkin berlainan.

• Perkara yang haram kerana penyusuan

Penyusuan menjalinkan hubungan kekeluargaan antara anak susuan dan keluarga ibu susuan. Hubungan ini memberi kesan dalam mewujudkan golongan yang haram dikahwini, sebagaimana hubungan keturunan, iaitu:

- Ibu dan ke atas.
- Anak perempuan dan ke bawah.
- Saudara perempuan seibu sebapa, seibu atau sebapa.
- Ibu saudara sebelah bapa dan ibu saudara sebelah ibu, sekalipun jauh hubungan persaudaraannya.
- Anak perempuan kepada saudara lelaki seibu sebapa, seibu atau sebapa.
- Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa, seibu atau sebapa.
- Sehubungan itu, apabila wujud hubungan kekeluargaan disebabkan penyusuan, maka golongan yang sama daripada susur jalur ibu susuan juga haram dikahwini.

• Haram berkahwin dengan susuan disebabkan hubungan perkahwinan

1. Ibu mertua susuan, iaitu ibu yang menyusukan isteri kamu.
2. Anak tiri susuan, iaitu perempuan yang disusu oleh isterimu, tetapi dari susu suami yang lain.
3. Isteri bapa (ibu tiri) susuan, iaitu isteri bapa susuan yang kamu menyusu dengan isterinya yang kedua.
4. Isteri anak (menantu) susuan, iaitu isteri kepada lelaki yang disusu oleh isterimu.

• Pengharaman berkahwin dengan ibu dan adik beradik perempuan susuan adalah berpandukan firman Allah:

Dan (diharamkan kamu berkahwin dengan) ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara (iaitu adik-beradik) perempuan kamu yang sesusuan.
(An-Nisa': 23)
3. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki susuan.
4. Anak perempuan kepada adik beradik perempuan susuan.
5. Ibu saudara susuan, iaitu adik beradik susuan dengan bapamu.
6. Ibu saudara susuan, iaitu adik beradik susuan dengan ibumu.
7. Anak perempuan susuan, iaitu perempuan yang menyusu dengan isterimu. Ini bererti kamu menjadi bapa susuannya.

• Sesungguhnya penyusuan mengharamkan apa yang haram dengan sebab kelahiran (keturunan).'

Ibnu Abbas r.huma. berkata: Nabi s.a.w. bersabda tentang anak perempuan Hamzah r.a.:

Dia tidak halal bagiku. Diharamkan dengan sebab susuan apa yang diharamkan dengan sebab keturunan. Dia adalah
anak perempuan saudara susuanku.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914