Ustaz Nizam Kadir 120322

Kuliah Subuh

• Memuliakan sahabat Baginda Rasulullah SAW ada asas didalam agama Islam. Terutama Saidina Abu Bakar As Sidiq dan Saidina Umar Al Khatab.

• Sahabat Nabi Muhammad SAW adalah mereka yang pernah berjumpa Baginda serta beriman dengan agama Islam semasa Baginda masih hidup didunia.

• Amalan para sahabat tidak sama ganjarannya dengan kita yang terkemudian.

• Mereka sangat hebat berjuang untuk agama Allah SWT.

• Sahabat yang Rasulullah SAW paling percaya adalah Saidina Abu Bakar. Dia merupakan yang membenarkan apa sahaja yang diberitahu Baginda. Terutama semasa perjalanan Israk dan mikraj Baginda SAW.

• Saidina Umar Al Khatab merupakan seorang yang memeluk Islam selepas Baginda berdoa kepada Allah SWT.

• Para sahabat yang lain merasa bersemangat setelah Saidina Umar memeluk Islam.

• Mahzab sunnah Waljamaah memuliakan semua sahabat Nabi Muhammad SAW. Tidak seperti keyakinan sebahagian puak Syiah. Mereka menyatakan bahawa sahabat itu jahat, zalim dan murtad serta kafir.

• Oleh kerana sebahagian puak Syiah mengkafirkan para sahabat maka mereka juga menolak banyak hadith Baginda Rasulullah SAW.

• Para ulama Sunnah Waljamaah bersepakat bahawa sebaik baik sahabat adalah Abu Bakar diikuti dengan Umar, kemudian Usman, kemudian Ali.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914