Ustaz Rosmadi 180322

Tazkirah Jumaat

• Mujahadah bererti melakukan amal dengan bersungguh-sungguh. Lawan segala nafsu yang menghalang untuk melakukan amalan yang soleh.

• Apabila berhadapan dengan situasi yang tidak kondusif untuk melakukan kebaikan. Seperti situasi yang kita hadapi semasa pandemik Covid.

• Nikmat yang Allah SWT diberi kepada Kita merupakan kesihatan yang baik dan masa lapang. Perlulah kita gunakan nikmat tersebut untuk melakukan amalan Soleh dengan bermujahadah. Peluang yang tidak perlu dibuang dengan begitu sahaja.

• Al Quran jika diamalkan akan memberi kebaikan kepada sesiapa yang membaca dan mendengarnya. Membaca, mendengar, memahami dan mengamal dengannya adalah satu amalan yang memberi kebaikan. Dapat memberi kesan kepada jiwanya.

• Orang yang beriman hendaklah selalu mengingati Allah SWT. Bertakwa kepada NYA. Dan takut kepada NYA. Serta ingat yang jika dia lupa kepada NYA maka Allah SWT juga akan melupainya.

• Semasa kesihatan yang baik. Perlulah digunakan untuk melakukan memperbanyakkan amal ibadah. Membaca AL Quran, berpuasa serta memberi sedekah dengan sebanyak yang boleh.

• Takutlah kepada apa yang akan dilalui dimasa hadapan setelah kita meninggalkan dunia yang fana. Kerana diberitahu didalam Al Quran yang ramai yang meminta kepada Allah SWT untuk dikembalikan balik kedunia untuk dia melakukan amal ibadah yang soleh dengan banyaknya.

• Selagi diberi peluang untuk melakukan amalan Soleh hendaklah kita jaga hubungan dengan Allah SWT. Janganlah kita melakukan syirik kepada NYA. Takut diakhirat nanti dihumban ke dalam api neraka selama-lamanya.

• Jagalah juga hubungan kita dengan sesama manusia. Merapatkan ukhwah sesama mukmin.

• Rasulullah SAW suka dengan orang mukmin yang hidupnya penuh dengan kesusahan tetapi masih kuat imannya. Baginda SAW juga suka kepada orang yang suka bersolat.

• Baginda SAW juga suka kepada seorang mukmin yang tidak dikenali ramai. Melakukan kebaikan dengan ikhlas tanpa mengharap pujian manusia.

• Orang yang beriman yang mati awal serta tidak meninggalkan harta yang banyak merupakan satu daripada nikmat Allah SWT. Dia tidak banyak melakukan dosa dan tidak menanggung kesusahan dialam kubur kerana harta peninggalan nya.

• Dimasa yang berbagi lagi perlulah setiap orang beriman melakukan amal ibadah yang Soleh. Serta meninggalkan kebaikan untuk generasi masa hadapan.

• Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914