Ustaz Syukri 050222

Kuliah Subuh

• Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat supaya jangan berlumba-lumba mencari dunia hingga hilang fokus kepada beribadah kepada Allah SWT.

• Orang yang miskin yang beriman akan memasuki syurga dahulu daripada orang kaya. Ada para Ulama' berpendapat seawal 500 tahun.

• Orang kaya ada yang beriman. Dan ada juga yang kufur kepada Allah SWT. Qarun merupakan orang yang kaya tetapi tidak beriman, malah sombong kepada Allah SWT.

• Abdul Rahman Auf seorang sahabat yang kaya. Seorang yang beriman dan menggunakan kekayaannya untuk perjuangan agama Islam. Banyak jasanya kepada pembangunan negara Islam generasi pertama.

• Orang yang beriman hendaklah menggunakan kekayaannya mengikut cara yang ditentukan Syariah. Tidak mengikut hawa nafsu hingga membelakangi segala hukum agama. Seperti mengeluarkan zakat dan sedekah.

• Hendaklah orang yang beriman menjauhi dirinya daripada mengejar keduniaan kerana mengikut hawa nafsunya. Ramai yang terpedaya dengan syaitan akan godaan dunia hingga lalai kepada Allah SWT.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914