Ustaz Jefri 280810

Kuliah Subuh

• Kalau manusia tahu akan apakah ganjaran yang terdapat didalam bulan Ramadhan, maka pasti mereka inginkan nya seluruh tahun.

• Allah SWT melipat gandakan fadhilat pahala dibulan Ramadhan.

• Mengerjakan ibadah fardu digandakan pahalanya 70 kali.

• Ibadah sunnat yang dikerjakan sama pahalanya dengan ibadah fardhu.

• Selangkah menuju ketempat menuntut ilmu, sama pahalanya dengan amalannya sepanjang tahun.

• Ganjaran kepada orang yang mengerjakan solat berjemaah, Allah SWT menganugerahkan satu bandar disyurga.

• Orang yang berbuat baik kepada kedua orang ibu-bapa nya, Allah SWT memandangnya dengan padangan RAHMAT.

• Isteri yang taat kepada suami dibulan Ramadhan, Allah SWT samakan gelaran Aisiyah dan Maryam.

• Orang yang memenuhi satu hajat kepada orang lain dibulan Ramadhan, saperti anak-anak yatim dan orang miskin. Allah SWT akan menggandakan hajat kepadanya 1000 kali ganda.

• Membaca Al Quraan satu ayat dibulan Ramadhan, Allah SWT samakan fadhilatnya dengan menghatam seluruh Al Quraan.

• Maka kesempatan ini hendaklah digunakan untuk menambah amalan, seperti:

- Bersembahyang jemaah
- Menyerjakan solat sunnat
- Banyakkan baca Al Quraan
- Memperbanyakkan Istighfar
- Memohon dijauhkan kemurkaan Allah SWT
- Melipat ganda menuntut ilmu

• Bermuhasabah diri akan kualiti amalan kita dibulan Ramadan. Kalau kurang maka hendaklah digandakan usaha mengerjakan amalan dihari-hari yang berbaki lagi dibulan Ramadhan ini. Terutama disepuluh malam terakhir.

Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914