Ustaz Sabidin 160209

Kuliah maghrib.

Mencapai cinta Allah SWT adalah dengan mendekati diri dengan Al Quran. Memegang teguh dengan ajaran yang terkandung didalamnya.

Sesiapa yang berpegang kuat kepada Al Quran ia tidaklah daripada golongan yang rugi. Sesiapa yang meninggalkannya maka akan disempitkan kehidupan ini. Malah diakhirat nanti Allah SWT tidak akan memperdulikannya.

Orang yang berpaling daripada Al Quran adalah kerana mereka terlalu menginginkan kehidupan didunia yang fana' ini.

Orang yang memegang teguh dengan Al Quran adalah orang yang zuhud. Ia itu tidak mempunyai rasa cinta dengan dunia.

Al Quran diturunkan Allah SWT untuk menjadi pertunjjuk bagi manusia. Serta memperjelaskan perkara- perkara yang hak dan yang bathil. Di dalam segala aspek kehidupan didunia ini. Merupakan perkara asas didalam menjadi seorang yang beriman.

Orang yang mencintai Al Quran pasti akan mencintai Allah SWT. Sebesar mana kita mencintai Al Quran sebegitulah cintanya kepada Allah SWT.

Akhir kata ustaz menasihati agar para jamaah mendidik anak- anak supaya mencintai Rasulullah SAW serta kaum keluarga dan sahabat handainya. Kemudian belajarlah Al Quran.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914