Ustaz Kasim Ibrahim 140209

• Untuk mengenali Allah SWT adalah dengan berilmu

• Allah SWT memerintahkan manusia supaya tunduk kepadaNYA. Rugilah orang yang mati tetapi dia tidak tunduk kepada Allah SWT.

• Apakah yang dikatakan tunduk kepada Allah SWT?
- Mematuhi segala perintah dan larangan Allah SWT
- Memahami dan mematuhi kepada hukum yang ada didalam Al Quran
- Contohnya soal menutup aurat bagi lelaki dan perempuan

• Tingkatan iman sesaorang diandaikan saperti orang yang melihat lukisan yang indah sekali.
- ada yang datang melihat lukisan tersebut serta memuji keseniannya.
- ada yang datang melihat memuji keseniannya serta memuji pelukisnya sekali.
- ada juga yang datang lansung tidak memperdulikan lukisan tersebut. Tetapi mahu sangat mengenali pelukisnya.

• Orang yang beriman samalah dengan contoh diatas. Dia bukan hanya ingin kesenangan dunia yang fana ini. Tetapi mereka merindukan hari pertemuan dengan Allah SWT, yang menjadikan alam ini.

• Lagi banyak yang kita kenali Allah SWT lagi kuat iman kita. Lagi getar jiwa kita memikirkan hari pertemuan dengan Nya. Cukupkah bekalan yang akan dibawa. Lagi kuat imannya lagi lah dia tidak takut kepada yang lain selain daripada Allah SWT.

• Para sahabat sentiasa merasa takut kepada Allah SWT. Mereka merasakan betapa besarnya kuasa Allah SWT. Tidak siapa yang dapat merobah apa yang ditetapkan oleh Allah SWT.

• Akhirnya kita akan dikembalikan kepada Allah SWT.
Tuhan yang menjadikan alam dan segala apa yang ada didalam nya. Bagi orang yang beriman dia dah bersedia untuk berjumpa dengan Allah SWT. Bagi orang yang tidak beriman, dia baru sedar akan pertemuan dengan Allah SWT setelah dia mati. Semasa didunia dia terleka. Dia lupa yang Allah SWT menyeru kepada manusia supaya jangan mereka mati melainkan didalam keadaan beriman. Jangan mati melainkan didalam keadaan bersedia untuk menemui Allah SWT.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809