Ustaz Dr Jamnul 070209

Dr Jamnul menceritakan pengalaman beliau semasa bersama-sama misi perubatan di Gaza



• Ramai pesakit yang dibedah mati kerana bom dan puluru yang digunakkan oleh tentera ganas rejim Israel mengandungi bahan kimia.



• Anggota badan mangsa hancur lebur. Tidak pernah dilihat kecederaan sebegini dahsyat sepanjang pengalaman beliau.



• Pihak Israel menggunakan peluru 'depleted uranium'. Para doktor yang terbabit merasa pelbagai masaalah kesihatan.



• Kekejaman orang Israel merupakan kelompok manusia yang zalim 'inhumane'. Malah perasaan Dr Jamnul apabila melihat mayat-mayat yang keadaanya saperti dibaham oleh binatang. Malah lebih dahsyat daripada binatang buas.



• Orang Palestin di-Gaza bergantung kepada terowong yang berjumlah lebih kurang 800 untuk membawa bekalan harian mereka. Kerajaan Mesir tahu akan kewujudan terowong tersebut tetapi dibiarkan tanpa diganggu.



• Orang Palestin di Gaza 'enterprising' sifatnya. Segala keperluan hidup mereka diusahakan sendiri, 'self sufficient'. Termasuk tanaman serta ternakkan. Pihak Israel menghancurkan banyak kawasan pertanian dan ternakkan.



• Hospital dan ambulan juga tidak terselamat daripada serangan pesawat Israel. Bom yang digunakkan mengandungi 'depleted uranium'



• Terdapat pesakit yang mati didalam ambulan kerana tidak dapat dibawa kehospital di Raffah. Pintu sempadan ditutup oleh pemerintah Mesir.



• Manusia apakah yang sanggup membunuh anak- anak yatim yang tidak langsung bersalah. 28 anak anak yatim dibakar hidup- hidup.



• Malah saorang wanita yang sedang menyusukan anaknya ditembak mati. Anaknya yang kecil juga dibunuh. Apabila ditanya oleh saorang wartawan Perancis kepada orang Israel kenapa? Dia menjawap, anak kecil itu adalah bakal perjuang Hammas. Wanita itu merupakan kilang perjuang- perjuang Hamas.



• Orang Palestin di Gaza memang tidak takut akan kematian. Malah mereka bercita-cita akan kematian syahid.



• Dr Jamnul menyeru semua jemaah memulaukan semua barangan Yahudi.



Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809