Ustaz Azman 150209

Kuliah Subuh: Mencari kasih sayang Allah SWT dan manusia.

• Orang beriman meletakkan prioriti kasih sayang kepada Allah SWT melebihi kasih sayang kepada manusia.

• Kalau terlalu mengikut kehendak manusia pasti akan jauh daripada jalan Allah SWT.

• Memang didunia ini benda yang haram daripada pandangan agama itulah yang suka dilakukan manusia. Mulanya perkara ini dilakukan oleh segelintir sahaja. Lama kelamaan ramai yang melakukannya. Saolah-olah perkara yang haram itu dah menjadi harus pula hukumnya.

• Orang yang na' hidup beragama yang lurus saperti digariskan Islam itu sedikit sahaja. Yang ta na' agama ini memang ramai. Kalau mencari kasih sayang manusia dengan membenarkan mereka maka akan sesatlah daripada jalan Allah SWT. Mengundag kemurkaan NYA.

• Selalunya kekayaan akan menjadi sesaorang itu lalai. Lebih suka akan kehidupan dunia daripada akhirat. Pada lazimnya orang yang susah itu lebih dekat dengan agama. Tetapi apabila diberi kekayaan ramai yang kecundang. Walaupun ada dikawasan bandar terdapat orang yang kaya tetapi masih taat dan patuh kepada jalan agama. Mencari keredhaan dan kasih sayang Allah SWT sebagai hamba yang soleh. Tetapi bilangannya sedikit sahaja.

• Satu tren dikalangan remaja muslim menyambut 'valentine's day' kerana terikut yang ramai. 'Peer pressure' lebih dituruti daripada kehendak Allah SWT. Terjebak didalam kancah kemaksiatan yang ekstrim. Terlampau sangat mengikut kehendak nafsu. Mencari kasih sayang manusia sehingga tergadai keimanan kepada Allah SWT.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914