Evernote:Ustaz Shamsuddin 091114

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam
  • Orang yang beriman merasa gembira didalam ketaatan kepada Allah
    • Begitu juga di rasakan keresahan apabila berdepan dengan maksiat
    • Rasa demikian adalah satu kurnia daripada Allah SWT.... mata hati yang merasa demikian
  • Ketaatan didalam beribadat...
    • Ada yang datang daripada diri orang sesaorang
    • Ada juga yang datang daripada kurnian Allah SWT
    • Maka yang hendak merasa gembira adalah yang datang daripada kurniaNya
    • Yang datang daripada diri kita sendiri tidak perlu bergembira
  • Merasa gembira...
    • Mengharap ganjaran pahala apabila mengerjakan kebajikan
    • Rasa takut bila melakukan maksiat mengharap dihindarkan daripada siksaan
    • Usaha diri sendiri mentaati perintah Allah SWT
    • Mendapat dorongan mentaati Allah SWT daripadaNYA
  • Sebaik kegembiraan bukan kerana usaha diri sendiri tetapi kerana mendapat pertolongan Allah SWT yang mendorong kita melakukan amal kepada NYA
    • Keikhlasan didalam beribadat perlu dititik berat oleh orang yang beriman
    • Riyak itu merosakkan
  • Orang yang ikhlas mengerjakan amal
    • Tahu yang amal yang dilakukan adalah digerakkan hatinya oleh Allah SWT
    • Tanpa medapat hidayah daripada Allah SWT tidak mungkin ia dapat menyerjakan amal solehnya secara berterusan
    • Maka timbul rasa gembira didalam hatinya bahawa Allah SWT telah memilihnya untuk menyerjakan ketaatan kepadaNYA
    • Bersyukur kepada Allah SWT diatas kurniaNya
  • Bagi orang yang beramal dengan ikhlas serta bersyukur kepada Allah SWT
    • Akan ditambahkan Allah SWT akan nikmat semasa beribadah
    • Kelebihan yang dirasakannya merupakan kemanisan yang paling indah ketika mentaati suruhanNYA
    • Amal solehnya meningkat
  • Satu ketika Saidatina Aisyah memakai sepasang baju besi...
    • Ia merasa kehebatan baju tersebut
    • Lansung ditegurnya oleh Saidina Abu Bakar yang menyatakan apabila seorang hamba merasa kagum kepada perhiasan dunia maka Allah SWT marah kepadanya
    • Sehingga diceraikannya perhiasan tersebut
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914