Evernote:Ustaz Indonesia 201114

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam
  • Dihari akhirat kelak seluruh anggota kita menjadi saksi akan perbuatan kita semasa hidup didunia
  • Maka didunia ini perlulah kita menjalani hidup dengan berpandukan Al Quran
  • Tetapi sayang ramai orang tidak menemui kefahaman yang benar.  Malah ramai yang tersasar kerana tidak mempelajarikan Al Quran daripada guru yang tulen.
  • Para ulama' sependapat bahawa membaca Al Quran hukumnya sunnnat. Yang wajibnya adalah kehidupan orang mukmin hendaklah mengikut serta mengamal akan Al Quran.
  • Memahami Al Quran itu perlulah dengan ilmu yang bersumberkan sunnah Rasulullah SAW yang soheh. Para ulama' yang membawa ilmu sunnah waljamaah merupakan cabang yang benar. Guru-guru yang menyampaikann ilmu agama yang bersanadkan daripada Rasulullah SAW,  Para Sahabat,  Tabien dan para ulama' seterusnya.
  • Mereka yang cuba-cuba hendak mentafsirkan Al Quran tanpa ilmu akan ditempatkan Allah SWT didalam api neraka.
  • Jadi perlulah orang yang telah tersilap kembali kepada jalan yang benar. Ia itu ilmu yang berpandukan Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
  • Malah kita yang hidup didalam zaman ini beruntung kerana terdapat banyak khazanah ilmu yang telah dibukukan didalam kitab-kitab yang telah dijamin kebenarannya oleh para ulama serta para pihak berwajib.
  • Terdapat banyak sekali majlis-majlis ilmu yang dianjurkan berbagai pihak dan masjid-masjid diseluruh pelusuk negera.
  • Maka perlulah masyarakat mempertingkatkan ilmu supaya Allah SWT menjauhkan kita daripada mengamalkan ajaran yang songsang.
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914