Evernote:Ustaz Shamsuddin 151114

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam
  • Ada ketika sesaorang hamba Allah melakukan ibadah kepada Allah SWT.  Tetapi ia merasa yang saolah dia tidak melakukan.
  • Hakikat kejadian sedemikian adalah kerana...
    • Mereka yang baru didalam perjalanan menuju kepada keredhaan Allah SWT dia tidak melihat amalnya kerana dia sendiri kurang yakin akan amalannya sama ada diterima oleh Allah SWT
    • Bagi sedikit hamba Allah SWT yang sudah mencapai keimanan yang tinggi, mereka tidak melihat akan amalnya adalah kerana segala amalnya adalah kerana Allah SWT
  • Orang yang tidak melihat akan kehebatan amalannya mereka ini sentiasa berusaha untuk mencapai tingkatan iman yang tinggi, maka ia merasa yang apa yang diamalnya adalah terlalu kerdil dihadapan Allah SWT
  • Disebaliknya ada hamba Allah SWT yang menghitung-hitung akan amalannya. Sehingga dia meresa puas dan cukup akan ibadahnya. Mereka ini akan sampai kesatu tahap yang akan berlaku riya'
  • Bagi hamba Allah yang beramal dengan jujur pasti segala amalan dikhususkan kepada mencapai keredhaan Illahi. Dia merasa terlalu kerdil dihadapan penciptanya. Ia memahami akan hakikat kejadian alam ini. Baginya segala yang dia berusaha masih belum cukup....
  • Para sahabat Nabi SAW, mereka melakukan sesuatu dengan kehendak Allah SWT.  Seluruh hidup mereka adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah SWT. Cintanya  kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi cintanya kepada apa yang lain,  termasuk diri dan keluarganya sendiri. Segala amalannya dikerjakan tanpa perlu difikirkan lagi.  Maka tidak pernah menghitung hitungkan amalannya. Malah dimalam hari menanggis ketakutan kerana mungkin ada kehendak Allah SWT yang tidak ditunai.
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914