Evernote:Ustaz Zaki 251214

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda
Shah Alam
  • Hukum syariah adalah perintah Allah SWT melalui Rasulullah SAW yang dihukumkan keatas setiap mukmin
  • Hukum syariah tersebut itu adalah seperti berikutnya :
    • Wajib
    • Sunnat
    • Makruh
    • Haram
    • Harus
  • Didalam memahami akan hukum-hukum syariah perlulah mempunyai ilmu. Fardu Ain dan Fardhu Kifayah
  • Menuntut ilmu hendaklah melalui sesaorang guru yang bertauliah. Tidak digalakkan belajar melalui membaca sahaja.
  • Apabila seseorang mukmin melakukan perkara yang wajib dan sunnat serta meninggal perkara yang makruh dan haram,  ia akan mendapat ganjaran pahala.
  • Begitu juga jika seseorang mukmin melakukan perkara yang haram dan meninggalkan perkara yang wajib maka dia akan mendapat dosa.
  • Ada perkara yang dilakukan oleh orang mukmin yang tidak mendapat pahala dan dosa. Hukumnya adalah HARUS
  • Ada perkara yang asalnya hukumnya harus tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib atau haram
  • Contohnya, menuntut ilmu itu harus. Tetapi didalam Fardhu Ain menuntut ilmunya itu wajib keatas setiap mukmin
  • Begitu juga dengan pergi kepasar malam.  Hukumnya harus, tetapi jika kerana pergi kepasar malam itu dia meninggal sembahyang maka hukumnya bertukar menjadi haram. Berdosa jika dilakukannya.
  • Maka disinilah pentingnya sesaorang mukmin mempunyai ilmu hukum agama
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914