Evernote:Ustaz Dato'Nahrawi 201214

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda Shah Alam
  • Sebagai seorang yang beriman hendaklah kita melakukan amalan yang soleh / baik.
  • Setiap amalan yang dilakukan sentiasa dilihat oleh Allah SWT. Serta akan mendapat balasan yang setimpal  daripada NYA.
  • Sesiapa yang kemasjid sama ada dia pergi waktu pagi atay petang Allah SWT  akan beri keistimewaan didalam syurga dengan makanan istemewa. Riwayat Imam Al Bukhary
  • Bersolat secara berjemaah akan memperlihatkan kebesaran agama Islam
  • Selain daripada mendapat ketenangan jiwa berjemaah dimasjid mendapat keberkatan. Menyatukan jiwa setiap yang berjemaah.
  • Masjid juga merupakan gedung ilmu,  mendidik masyarakat akan perkara yang baik.
  • Sesaorang hamba yang berwuduk dengan baik,  kemudian dia pergi solat Jumaat, mendengar khutbah, diam, mengamatinya... Allah SWT akan mengampunkan disanya dari satu Jumaat ke satu Jumaat.
  • Begitu juga orang yang berwuduk dengan sempurna...
    • Keluar segala dosa kecil mata bersama air yang mengalir selepas membasuh muka
    • Apabila membasuh tangan juga akan diampunkan dosa kecil yang dilakukan oleh tangan kita. Begitu juga dengan kaki.
  • Orang yang solat lima waktu,  solat Jumaat akan mendapat penghapusan segala dosa kecil.
  • Allah SWT menghapuskan dosa kecil dan mengangkat derajat sesaorang yang menunggu waktu solat untuk mengerjakan ibadah solat.
  • Orang yang sakit,  Allah SWT akan memberi pahala amalannya yang sunnat seperti amalannya ketika dia sihat.
  • Setiap langkah menuju kemasjid untuk solat berjemaah akan diberkan pahala oleh Allah SWT.
  • Setiap kebaikan yang dilakukan oleh seorang yang beriman adalah sedekah.
    • Menanam pokok, kemudian hasilnya dimakan oleh manusia dan binatang akan menjadi sedekah
    • Sekiranya ada hasil tanaman itu dicuri... itupun digantikan Allah SWT  sebagai sedekah
  • Memberi pijam seekor kambing berina yang susunya dapt diminum oleh orang yang meminjamnya.  Allah SWT akan memberi ganjaran syurga
  • Sedekah, walaupun sebiji tamar akan menghindarkan diri daripada api neraka.
  • Islam mengalakkan umatnya bersedekah. Kerana dengan bersedekah akan mendapat banyak ganjaran daripada Allah SWT.
  • Setiap kebajikan itu sedekah. Begitu juga dengan mereka yang tidak melakukan kejahatan.
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914