Evernote:Ustaz Yusuf 071214

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam

  • Manusia sukakan akan perkara berikut...
    • Ia akan berusaha untuk mengawal harta bendanya dengan berbagai usaha
    • Sentiasa mencari daya untuk hidup lama
    • Hidup didalam dunia dengan selesa
    • Panjang cita- citanya
    • Bagi orang yang beriman mencapai perkara yang diatas hendaklah dilakukan didalam lingkungan sempadan hukum syariah
  • Dua golongan manusia didalam masyarakat
    • Golongan ulama'
    • Dan golongan umara'....iaitu pihak berkuasa
    • Jika baik hubungan kedua golongan ini akan membawa kesejahteraan 
    • Hubungan kedua ini juga tertakluk didalam ruang prinsip hukum Islam
  • Ketaatan kepada Ulul Amri
    • Mentaati kepada para pemimpin yang berkuasa itu perlulah dilakukan mengikut hukum agama
    • Tidak boleh taat didalam melakukan maksiat
    • Begitulah juga didalam mentaati dan mendengar nasihat golongan ulama'. Perlulah juga mentaati didalam perkara makruf. Tidak dibolehkan mentaati nasihat ulama' didalam melakukan maksiat.
    • Wajib mentaati pemimpin yang mentaati hukum Allah SWT. Serta perlulah menyertai gerakkan yang digerakkan oleh ulul amri yang membawa kita kejalan mentaati perintah Allah SWT.
    • Islam membenar rakyat berlainan pendapat dengan para pemerintah dan para ulama jika mereka menyimpang daripada prinsip dan hukum Islam
    • Wajib bagi orang mukmin menegur golongan ulama' dan umarak adalah satu kewajipan
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914