Ustaz Yusof 051123

Kuliah Subuh

• Baginda Rasulullah SAW pernah memberi amaran bahawa umatnya pada akhir zaman akan mempunyai penyakit dihati. Ia itu mencintai dunia berlebih -lebihan.

• Baginda juga menyatakan Allah SWT akan mengangkatkan perasaan gerun orang kafir terhadap orang mukmin.

• Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa dimasa itu umat mukmin takut mati...

• Bila dikenangkan dengan apa yang berlaku dengan umat mukmin di Palestin. Di bunuh beramai-ramai. Masyarakat mukmin sedunia tidak boleh melakukan apa-apa. Hanya melihat disosial media akan kekejaman yang dilakukan terhadap mereka. Benarlah apa yang katakan Baginda SAW.

• Bagi orang yang beriman perlulah melakukan apa sahaja yang dapat meningkatkan keimanan. Takut kepada Allah SWT. Mengharap balasan syurga di akhirat kelak.

• Kekuatan umat bukan terletak kepada senjatanya tetapi berapa kuat iman dan amal ummah.

• Janji Allah SWT tetap berlaku. Orang yang beriman dan beramal dengannya akan memasuki syurga. Syurga yang ada  beberapa tingkat dimana yang kuat iman mereka akan berada tingkat yang diatas.

• Untuk meningkatkan iman perlulah melakukan amalan yang berterusan. Sesiapa yang melakukan kebaikan pasti akan mendapat ganjaran di akhirat nanti.

• Kaki Anak Adam tidaklah bergeser pada hari kiamat dari sisi Rabb-nya sehingga ditanya tentang lima hal: tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia pergunakan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dia infakkan dan tentang apa yang telah dia lakukan dengan ilmunya.

• Surah Al Qasas ayat 77. "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914