Ustaz Anas 251213

Kuliah subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
  • Ramai orang Islam sering mengucapkan Selamat Hari Natal atau Merry Christmas
  • Perbuatan ini seperti bersetuju dengan perayaan orang orang nasrani yang menyatakan yang Allah SWT itu mempunyai anak
  • Walaupun nampaknya kecil tetapi perbuatan ini berkemungkinan akan merosakkan akidah orang Islam. Yang mempercayai akan ketauhidan Allah SWT.
  • Manusia yang mengenalkan akan Allah SWT akan merasa gerun takut untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Takut akan siksaan dihari akhirat kelak.
  • Sebagai seorang mukmin kita hendaklah berpandukan amalan kita dengan sunnahh Rasulullulah SAW.
  • Haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu 'alaihi Wa Sallam,
    Ertinya : "Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka". [Hadits Riwayat Abu Daud]
  • Orang Islam mempunyai aqidah yang tidak disukai oleh orang orang kafir. Lipatan sejarah menunjjukkan betapa zalimnya mereka keatas orang muslim
  • Dinusantara asalnya diperintah oleh kerajaan melayu Islam. Tetapi apabila dijajah oleh orang kafir, mereka telah melakukan berbagai kezaliman terhadap orang mukmin.
  • Kejatuhan kerajaan Islam adalah kerana kita satu ketika mula meninggalkan ajaran Al Quran dan As Sunnah. Bagaimana umat Islam hari ini?
  • Untuk mencapai kejayaan orang Islam hendaklah kembali kepada Al Quraan dan As Sunnah.
  • Wassalam
Sent from Evernote

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809