Ustaz Azman 151213

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
  • Permulaan setiap pekerjaan dimulakan dengan kalimah Bismillah...
  • Walaupun nampak mudah, tetapi tidak ramai yang dapat amalkan setiap masa.
  • Begitulah juga dengan kalimah Alhamdulillah...
  • Memuji kepada Allah SWT akan kenikmatan yang kita terima daripadaNYA.
  • Dua kalimah ini berat timbangannya disisi Allah SWT. Tetapi susah untuk beristiqomah dengan amalan tersebut.
  • Banyak perkara yang berlaku keatas kita adalah dengan kehendak Allah SWT. Oleh demikian perlulah kita ucapkan InsyaAllah.
  • Kalimat "laa haula wa laa quwwata illa billah" adalah kalimat yang  penyerahan diri dalam segala urusan kepada Allah Ta'ala
  • Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Yang bermaksud:

    "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

  • أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
    وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
    Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.  Pada istilah pula syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai rasulnya.

    Orang yang mengucap dua kalimah syahadah wajib yakin dengan erti kalimah dan mengamalkannya.

Wassalam
Sent from Evernote

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809