Ustaz Yusuf 050114

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda
  • Isu semasa adalah hukum bughah atau pelampau.
  • Apakah itu bughah ?
    • Mengikut istilah bermaksud  bahasa perkataan bughah (البغاة) adalah jama' daripada (بغى)bermaksud melampaui batas dan zalim
    • Bughah mengikut istilah syara` adalah " segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.' (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)
  • Adakah mereka yang melakukan 'Menunjuk perasaan' itu boleh dihukum sebagai bughah?
    • Terdapat berbagai pandangan daripada ahli agama dinegara ini. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.
    • Seorang mufti menyatakan yang mereka yang berdemonstrasi akan kenaikkan harga barang merupakan sebagai penderhaka.
    • Terdapat juga seorang bekas mufti yang tidak bersetuju.
  • Persoalannya, pemimpin yang macam mana yang tidak boleh ditentang?
    • Pemimpin yang ciri - cirinya yang sentiasa menjaga agama. Yang menjalankan hukum yang wajib keatas orang Islam.
    • Mereka secara peribadi mempraktikkan ajaran agama.
    • Seorang pemimpin yang berkhuwah; hendaklah sihat dari segi fizikal, mental, emosi dan kerohanian.
    • Seorang pemimpin umat Islam perlulah sifat bertaqwa.

Wassalam/ 07:32
Sent from Evernote

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809