Ustaz Shamsuddin 130119

Kuliah Subuh

✓ Pujian orang kepada kita ada yang baik dan ada yang buruk kesannya terhadap diri kita

✓ Adakala orang yang memberi pujian itu tidak kenal akan diri kita. Ada kelemahan kita yang mereka tidak tahu. Ada kekurangan yang kita cuba mengatasinya tetapi orang luar tidak tahu.

✓ Masalah nya apabila dipuji kita ambil sahaja pandangan tersebut. Walhal kita tahu sama ada perkara yang dipuji itu betul atau salah. Menerima pujian begitu sahaja saolah kita tidak lagi mahu berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Menipu diri sendiri.

✓ Orang Arab menyatakan bahawa tuan rumah sahaja yang tahu apa yang ada didalam rumah tersebut. Begitu juga dengan diri kita. Kita sahaja yang kenal akan diri sendiri. Tahu apa kekuatan. Kita juga maklum apa dia kelemahan diri sendiri. Janganlah suka sendiri apabila menerima pujian begitu sahaja. Takut takut bila menerima pujian kita sudah tidak mahu memperbaiki diri sendiri.

✓ Fokus didalam ilmu tasawuf adalah kebersihan hati. Mempelajari bagaimana mencapai kebersihan diri yang tinggi darjatnya adalah objektif ilmu ini. Menerima teguran orang akan kelemahan diri lebih baik daripada menerima pujian. Kerana teguran adakalanya sesuatu yang kita tidak perasan. Satu 'blind spot' yang terlindung dari pandangan kita.

✓ Pujian itu banyak keburukannya kepada diri kita walaupun ianya seronok takkala mendengarnya. Malah teguran itu lebih baik untuk diri kita walaupun tidak menyenangkan semasa menerimanya

✓ Bagi mengelakkan diri daripada selalu dipuji orang adalah dengan menyembunyikan segala amalan soleh yang dikerjakan.

✓ Hiduplah anda tanpa dikenal manusia dan redha dengan nya. Itu lebih selamat  untuk diri kita. Bila melakukan sesuatu kebaikan ikhlaskan perbuatan itu.

✓ Sebagai seorang yang beriman kita sedar bahawa sebagai seorang manusia tidak terlepas daripada kelemahan. Jadi penting bagi seorang mukmin selalu memperbaiki amalannya secara berterusan.

✓ Jika ada sesaorang memuji kita maka bersyukurlah kepada Allah SWT. Sedarlah bahawa sebenarnya yang berhak dipuji hanyalah kepada Allah SWT.

✓ Wassalam



Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914