Ustaz Rahmatullah 070118

Kuliah Maghrib

✓ Orang mukmin hendaklah berusaha untuk menjadi orang yang terbaik disisi Allah SWT. Tetapi orang yang lemah dan banyak kekurangan apabila dia menilai diri sendiri.

✓ Orang yang beriman tidaklah merasa hebat dari segi amal ibadahnya. Dia selalu merasa banyak kekurangan. Jadi dia merasa resah dan takut apabila ia mengenang hari dia akan dikembalikan kepada Penciptanya.

✓ Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa besar

Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku

Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan

Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu

Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu
http://youtu.be/Hc0bl-bzLmA

✓ Sebagai seorang yang beriman ta' kala berjumpa dengan orang yang kuat beramal, ucapkanlah bahawa si dia ini lebih kuat amalannya dari diri kita.

Begitu juga apabila bertemu dengan seorang yang alim, katakan bahawa si dia ini lebih tinggi ilmunya didalam bidang agama daripada kita.

Apabila  berjumpa dengan orang yang jahil, katakan bahawa si dia ini melakukan maksiat tetapi dia tidak tahu. Walhal kita melakukan maksiat tetapi kita tahu yang perbuatan itu satu kesalahan. Tahu tetapi tidak melakukannya.

✓ Allah mewahyukan kepada Nabi Uzair AS : " Wahai Uzair apabila kamu berbuat dosa kecil jangan engkau pandang kecilnya, tapi pandanglah kepada siapa kamu telah melakukan dosa. Apabila kamu mendapatkan rezeki yg sedikit, jangan kamu pandang sedikitnya, tapi pandanglah siapa yg menganugerahkan rezeki itu kepadamu. Dan apabila kamu tertimpa musibah janganlah kamu adukan Aku kepada ciptaan2Ku, sebagai mana Aku tidak mengadukan kamu kepada para malaikat ku ketika kamu mengirimkan kejahatan2mu kepadaKu. "

✓ Apabila diuji seorang yang beriman dia bersabar. Bila dia ditimpa sakit dia boleh mengadu kepada sesaorang yang dapat menolong nya. Tetapi ia tetap menerima apa yang diajalkan keatas dirinya. Terima apa sahaja yang diuji Allah SWT keatas dirinya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914