Ustaz Rahmatullah 150119

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang beriman menjauhi perkara haram. Baik haram yang zahir atau pun yang batin. Menjadilah kita dekat dengan zuhud.

✓ Begitu juga lah orang yang beriman malakukan perkara yang wajib.

✓ Kemudian memperbanyakkan perkara yang sunat. Serta menjauhi perkara yang makruh.

✓ Berusahalah mencari rezeki dengan meredhai pemberian Allah SWT. Berusaha itu termasuklah berdoa memohon bantuan NYA.

✓ Saidina Ali menyatakan bahawa jika sesaorang itu selalu melakukan kebaikan kepada orang yang tertentu. Lambat laun dia akan menguasai orang tersebut.

✓ Sekiranya kita selalu menerima kebaikan daripada orang tertentu pasti satu hari kita memperhambakan diri daripada orang tertentu.

✓ Begitu juga jika sesaorang itu menerima ilmu daripada sesaorang tertentu pasti dia akan menghormati orang tersebut.

✓ Mempelajari ilmu agama sesaorang itu perlu beradab dengan guru yang kita mengambil ilmunya.

✓ Kewajipan manusia adalah untuk memakmurkan dunia dan membawa bekalan ke akhirat kelak.

✓ Mencari akhirat perlulah sesaorang itu hanya mengambil dunia sekadar secukupnya

✓ Dunia adalah sesuatu yang kita nikmati sekarang yang tidak dapat kebaikan untuk akhirat.

✓ Walaupun seseorang itu melakukan solat, tetapi niat dia bukan kerana Allah SWT, tetapi kerana riya'. Maka solat yang dilakukan itu adalah dunia bukan akhirat.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914