Ustaz Rashdan 110119

Kuliah Maghrib

✓ Kejayaan diakhirat hanya dengan cara mengikut ajaran Rasulullah SAW

✓ Orang yang beriman perlu mengingati mati. Supaya hidupnya tidak semata-mata kerana hendak mengumpul kekayaan dunia. Jangan lupa akhirat.

✓ Kisah Nabi Idris yang merasai sakit sakaratul maut, pernah melihat neraka dan pernah masuk syurga. Dunia tidak ada nilai baginya.

✓ Begitulah dengan Rasulullah SAW. Baginda pernah memasuki syurga dan melihat neraka . Kerana itu lah dunia bagi nya tidak setanding dengan akhirat. Mukmin hendaklah mengejar akhirat melebihi mencintai dunia.

✓ Rasulullah SAW adalah manusia contoh. Akhlak baginda adalah baik dan berlemah lembut dengan orang lain. Begitulah juga kita perlulah mengikut contoh baginda.

✓ Janganlah orang mukmin mempunyai akhlak yang kasar. Suka marah-marah . Suka bertengkar. Selalu ingat yang dia sahaja yang betul. Walaupun ditunjukkan bukti dan Nas yang betul, tetapi berdegil untuk memenangkan dirinya.

✓ Orang yang mendapat petunjuk. Tidak inginkan balasan duniawi apabila ia melakukan sesuatu kebaikan. Ikhlas didalam melakukan sesuatu amal kebaikan. Tidak minta dipuji. Tidak minta dibalas. Tidak meminta dibayar dengan wang ringgit. Ia melakukan kebajikan semata mata kerana Allah SWT.

✓ Orang yang beriman perlu bersiap untuk menemui sakaratul pada bila-bila masa. Cukuplah dari banyak cintakan dunia. Fahamlah bahawa dunia ini tidak kekal. Dunia ini akan kita tinggalkan jua.

✓ Wasallam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914