Ustaz Syukri 250119

Kuliah Maghrib

✓ Kebiasaannya orang yang ternama atau pembesar pakaiannya, rumahnya dan makanannya berbeza dengan rakyat biasa

✓ Berlainan dengan Saidina Omar Abdul Aziz. Dia menolak semua kesenangan yang menjadi kebiasaan kepada seorang ketua mukmin

✓ Pada mulanya dia menolak jawatan khalifah. Tetapi orang ramai mahukan dua menjadi khalifah.

✓ Setelah dia menjadi orang ramai menjadi hairan melihat Saidina Omar Abdul Aziz badannya susuk sekali. Menjadi kurus tubuh badannya

✓ Selepas beliau menjadi Khalifah, tidurnya sedikit sekali. Kerana banyak beribadat.

✓ Beliau juga jarang menjamah makanan. Bila isterinya bertanya kenapa? Dia menjawab ketika dia sedang makan, ramai lagi orang yang susah mencari cari cebisan makanan.

✓ Dia juga takut nanti diakhirat kelak dia disiksa kerana tidak menjalankan tugasnya keatas rakyat jelata. Takut akan kemurkaan Allah SWT kerana dia tidak menjalankan amanahnya mengikut hukum Allah SWT.

✓ Kerana Beliau tahu bahawa pemimpin yang mengkhianati amanah maka dia tidak akan bau akan syurga

✓ Kubur itu...
     • Boleh jadi syurga
     • tapi ia juga boleh jadi lubang neraka
     • Jauh dari sangkaan manusia

✓ Saorang raja dihormati didunia tetapi apabila dia mati segala apa kesenangan dunia akan ditinggalkan. Dia hanya akan memakai kain kafan sahaja

✓ Oleh demikian sesiapa sahaja manusia hendaklah dia mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian. Apa yang dimilikinya didunia ini adalah sementara sahaja. Akan hilang dan tidak boleh dibawa dialam Barzah.

✓ Orang yang beriman akan Allah SWT terima amalan mereka. Selamat didunia dan diakhirat.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914