Ustaz Ghazali Omar 010119

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang beriman akan diberi ganjaran diakhirat kelak.

✓ Para ulama pula merupakan waris para Nabi. Maka sebagai orang yang beriman hendaklah mendekatkan diri dengan para ulama. Malah janganlah mereka diburukkan dan difitnah.

✓ Mereka tidak berputus asa untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Agar kehidupan beragama segar didalam masyarakat kelak.

✓ Didalam keluarga ibu bapa haruslah merasa susah hati sama ada anak cucu yang akan ditinggalkan hidup beragama. Hidupkan sunnah Rasulullah SAW didalam kehidupan mereka.

✓ Akhir akhir ini ramai remaja menyambut kehadiran tahun baru dengan melakukan berbagai maksiat. Seperti pergaulan bebas dan meminum arak. Perkara ini perlulah dihindarkan didalam keluarga orang muslim

✓ Yakinlah bahawa hidup mengikut hukum agama akan membawa kejayaan dunia dan akhirat. Ada orang takut hilang punca rezki jika kuat berpegang kepada agama. Jangan takut kerana rezki itu adalah dari anugerah Allah SWT.

✓ Orang yang beriman hendaklah mempunyai akhlak yang baik. Jangan sama sekali mempunyai sifat hasad dan dengki yang tidak bertempat. Didalam Islam sifat dengki yang dibenarkan didalam bersaing didalam mencari ilmu. Untuk kebaikan bukan merosakkan.

✓ Ada para sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa mereka tidak ada harta untuk diinfaqkan. Seperti sesetengah para sahabat yang lain. Rasulullah SAW menyuruh mereka melakukan kebajikan dengan cara yang berlainan. Seperti berzikir.

✓ Sahabat yang besar seperti Saidina Omar dan Saidina Abu Bakar juga pernah bersaing didalam kebaikan.

✓ Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914