Ustaz Jemputan Surau Sek 19 Shah Alam 210119

Kuliah Subuh

✓ Orang yang beriman hendaklah bersyukur akan nikmat yang Allah SWT anugerahkan dengan mentaati segala hukum NYA

✓ Didalam perjalanan hidup kita didunia ini akan ada ujian yang ditentukan oleh Allah SWT. Ada orang boleh menghadapi ujian tersebut dengan tenang. Tetapi tidak ramai juga yang tidak dapat menerima ujian tersebut.

✓ Ada orang yang selepas diuji bertambah imannya kepada Allah SWT. Tetapi ada juga yang tidak dapat menerima ujian tersebut. Mereka jauhkan diri dengan Allah SWT.

✓ Semua orang diuji Allah SWT. Rasulullah SAW juga menerima ujian. Malah para sahabat dan para ulama' juga menerima ujian. Bagi mereka yang dekat dengan Allah SWT segala ujian itu diterima dengan baik. Mereka yakin bahawa segala yang ditentukan Allah SWT adalah baik.

✓ Surah Tawba ayat 51. Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

✓ Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh seorang sahabat bernama Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914