Ustaz Abdul Halim 270119

Kuliah Subuh

✓ Kelebihan orang mukmin yang mengunjungi rumah Allah SWT
• Dianugerahkan kesihatan afiat didunia
• Diampuni dosa diakhirat

✓ Maka bagi orang-orang yang beriman hendaklah selalu mengunjungi rumah Allah SWT

✓ Balasan orang yang menghantar jenazah ke kubur
  • Apabila dia mati maka para malaikat akan menyembahyang roh nya

✓ Orang yang mengucapkan takziah keatas keluarga orang yang mati atau ditimpa musibah
   • Allah SWT akan menambahkan taqwa
   • Diandaikan bahawa taqwa itu pakaiannya
   • Dimasukkan kedalam Syurga

✓ Orang yang sayangkan anak yatim. Serta menjaga kebajikan mereka.
   • Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar dihari akhirat

✓ Orang yang Allah SWT paling mencintai
   • Orang yang bertaqwa
   • Orang yang suci kedua tangannya daripada perbuatan maksiat
   • Tidak menyusahkan orang lain
   • Orang yang beriman kepada Allah SWT serta dia juga kasihkan orang lain yang beriman

✓ Bagaimana hendak menarik orang lain kepada mencintai rumah Allah. Hendak mengingati mereka mengenai...
   • Nikmat Allah SWT
   • Ujian yang diberikan Allah SWT
   • Siksaan neraka bagi orang-orang yang berdosa

✓ Orang yang selalu menolong orang kerana Allah SWT akan dijauhi dari siksaan neraka. Dilindungi dari kakinya tergelincir ke dalam api neraka.

✓ Apabila manusia memakan tanpa menyebut nama Allah SWT, maka iblis juga makan bersama-sama dengan nya. Ini merupakan janji Allah SWT kepada iblis yang rezekinya adalah segala yang tidak disebutkan nama NYA

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914