Ustaz Jefry 190119

Kuliah Maghrib

✓ Terdapat beberapa agama yang telah dihapuskan dijelmakan kembali untuk menyesatkan manusia

✓ Ini merupakan tanda-tanda akhir zaman

✓ Contoh agama dan kepercayaan yang menyesatkan adalah fahaman Syiah, Sekularisme, Liberalisme, Pluralisme, Paganism dan sebagainya

✓ Agama Islam merupakan sistem cara hidup yang memastikan kebajikan masyarakat. Islam memimpin manusia kearah kejayaan

✓ Islam dibangunkan diatas kebenaran. Membawa cahaya yang menerangkan hidup manusia yang telah sesat. Kesesatan yang dibawa oleh syaitan dan hawa nafsu. Manusia yang digelar sebagai taghut didalam Al Quran. Fahaman yang materialistik yang menolak fahaman yang ghaib. Menghalalkan perkara yang merosakkan seperti berzina, meminum arak, berjudi, menghamba, cara hidup yang tidak bermaruah

✓ Umat Islam hari ini tidak terlepas daripada terpengaruh dengan cara hidup yang sesat ini. Ini merupakan faktor utama mengapa orang Islam hari ini dianggap lemah

✓ Gerakan Islam hari ini berusaha membangunkan satu tamadun Islam yang berteraskan sunnah Rasulullah SAW. Janji Allah SWT bahawa kejayaan akan dikecapi sekiranya masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya

✓ Kejayaan akan dikecapi semula sekiranya hukum syariat di dalam Al Quran dan hadith dijalankan sebagai hukuman yang teratas sekali didalam negara Islam.

✓ Lipatan sejarah kegemilangan tamadun  Islam wujud dizaman dahulu kerana masyarakat hidup berpandukan hukum Allah SWT didalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

✓ Masyarakat Islam berjaya kerana menjalankan tututan didalam Al Quran. Itulah cara orang yang beriman.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914