Ustaz Shamsuddin 190119

Kuliah Subuh

✓ Orang awam tidak senang jika dicela. Tapi rasa suka jika dipuji. Nafsu nya menguasai perasan orang begini.

✓ Ada juga orang yang tidak senang dengan pujian. Mereka melawan kehendak nafsu. Mereka merupakan ahli ibadat.

✓ Para wali kalau dipuji mereka rasa seronok. Kalau dicerca mereka tidak senang. Perasaan sedemikian bukan kerana nafsu, tetapi mereka merasakan bahawa segalanya datang dari Allah SWT.

✓ Bila menerima cercaan, para wali, mereka mentafsirkan bahawa itu juga datang daripada Allah SWT. Merupakan satu isyarat bahawa ianya merupakan satu teguran daripada Allah SWT.

✓ Para wali dekat dengan Allah SWT. Mereka mempunyai mata hati yang kuat. Mentafsirkan sesuatu kejadian mengikut hakikat kerohanian. Tidak mengikut hawa nafsu. Dunia fizikal tidak mengawal perasaan mereka.

✓ Pujian dan celaan manusia kepada para wali, bagi mereka seperti maklum balas daripada Allah SWT kepada mereka. Ianya sebagai pena Allah SWT yang ditulis melalui hambaNYA. Perasaan mereka tidak dikuasai oleh hawa nafsu.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914