Ustaz Nazri 280119

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang Allah SWT pilih agar mendapat kesusahan yang baik, dia akan mula memperbanyakkan amalannya apabila hayatnya dah mendekati maut.

✓
أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
At Takaathur Ayat 1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),

✓ Ramai manusia tertipu dengan kesenangan dunia. Segala kemewahannya dihabiskan dengan bersuka ria. Tidak mahu mencari jalan akhirat

✓ Mempunyai kemampuan untuk menunaikan haji, tetapi dia tidak mahu mengerjakan. Menangguhkan kewajiban semata-mata kerana dia hendak pergi melancong dulu. Mencari dunia diatas kewajipan agama. Dunia itu lebih penting daripada akhirat.

✓ Allah SWT tidak mengumpul dua ketakutan dijiwa hambanya. Jika ia takut semasa didunia akan apa yang akan dihadapi diakhirat nanti maka Allah SWT akan memberi kesenangan pada nya diakhirat.

✓ Sebaliknya jika hamba itu merasa susah hatinya kerana hal keduniaan, maka diakhirat nanti ia akan merasa kesusahan disana.

✓ Hamba yang bersangka baik dengan Allah SWT maka diakhir hayatnya akan diberi kesenangan

✓ Jangan hendaknya seorang datang kekuburnya tanpa membawa bekalan akhirat

✓ Jangan tertipu dengan kesenangan dunia hingga meninggal akan ganjaran akhirat. Sanggup ambil kemungkaran hingga meninggalkan ketaatan kepada Allah SWT

✓ Amal soleh semasa didunia ini dengan apa yang kita ada seperti 'fixed deposits' diakhirat nanti. Berlumba-lumba lah mencari peluang untuk membuat amal soleh sebanyak yang mungkin. Janganlah harta melalaikan kita didunia ini hingga menuju ke jalan yang tidak baik.

✓ Wassalam




Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Abdul Halim 250126

Ustaz Ghazali Omar 06111708

Ustaz Naim 270426