Ustaz Dato' Nizam

Kuliah Ramadhan

• Bulan Ramadhan Allah SWT menurunkan Al Quran. Menjadi petunjuk bagi manusia.

• Fadhilat sembahyang berjemaah banyak ganjaran. Terutama solat subuh, seakan seseorang itu solat sepanjang malam.

• Ramadhan merupakan bulan yang utama. Bulan yang besar darjatnya. Penuh dengan keberkatan.

• Terdapat didalam bulan Ramadhan satu malam yang panggil malam lailatul qadar. Kelebihan yang beribadat seumpama bersamaan seribu bulan.

• Diwajibkan orang mukmin berpuasa didalam bulan Ramadhan. Orang beriman mengerjakan ibadah puasa kerana untuk mendapatkan Rahmat Allah SWT. Agar diampunkan dosa dosa yang lalu.

• Puasa juga mengajar orang yang beriman mengerjakan ibadat. Dimana ibadat sunat digandakan fadhilat seperti mengerjakan amalan yang wajib. Ibadat wajib pula digandakan tujuh puluh kali fadhilat.

• Berpuasa juga mendidik akhlak seseorang agar menjadi orang yang sabar dan bermurah hati. Digalakkan memberi makan orang yang hendak berbuka puasa.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914