Ustaz Syukri 180421

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman hendaklah selalu mengingati dan memuji Allah SWT.

• Ibadah puasa diwajibkan kepada kita dan juga kepada umat dahulu.

• Berpuasa itu haruslah menambah keimanan, keislaman dan keihsanan. Mudah mudahan menambah ketakwaan.

• Rasulullah SAW menyatakan sesiapa yang merasa seronok dengan kedatangan Ramadhan, Allah SWT menghalang orang tersebut dari api neraka.

• Seseorang yang didalam bulan Ramadhan dia berpuasa kerana taat kepada ketentuan Allah SWT. Ini menunjukkan keimanannya kepada Allah SWT.

• Melakukan sesuatu ibadah dengan ikhlas kerana Allah SWT. Mudah mudahan dipertingkatkan iman serta diberi ganjaran di akhirat kelak.

• Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT di bulan Ramadhan ini agar dihindarkan daripada bala bencana.

• Didalam menjalankan ibadah puasa hendaklah mensucikan diri daripada perbuatan yang keji dari segi perkataan dan perbuatan.

• Meningkatkan iman seseorang individu perlulah juga taat tulus kepada perintah wali amri.

• Orang yang beriman hendaklah menjaga ukhwah umat mukmin. Bersatu dan jangan berpecah. Doa jemaah mukmin itu lebih baik.

• Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan mengikut segala yang disyariatkan akan dimuliakan Allah SWT. Tetapi jika seseorang itu berpuasa tanpa menjaga syariat hanya akan dapat lapar dan dahaga sahaja.

• Orang yang berpuasa akan merasa seronok ketika berbuka dan merayakan aidil Fitri. Dan seronok seterusnya akan merasa nikmat apabila bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914