Ustaz Muhammad Haslam 100421

Kuliah Subuh

• Para sahabat dibulan Sya'ban memperbanyakkan ibadah, terutama membaca Al Quran.

• Ganjaran bagi seseorang berpuasa akan ditentukan oleh Allah SWT.

• Orang yang berpuasa rasa gembira ketika berbuka kerana Allah SWT telah memberi kekuatan kepada nya untuk menyempurnakan ibadah puasa.

• Di sisi Allah SWT bau mulut sesorang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi.

• Orang yang berpuasa dianugerahkan sifat sabar. Kesabaran itu akan diganjarkan Allah SWT dengan syurga.

• Rasulullah SAW menggalakkan para sahabat memperbanyakkan amalan sedekah pada bulan Ramadhan.

• Hikmah berpuasa, tunduk nafsu, sabar, memahami orang fakir, sempitkan saluran darah daripada dimasuki oleh syaitan.

• Ramai orang berpuasa hanya mendapat keletihan kerana tidak menjaga amalan yang baik didalam ia berpuasa.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914