Ustaz Abdul Halim 250421

Kuliah Subuh

• Mukmin yang melakukan kebajikan. Dengan membaca Al Quran, Bersolat, dan Bersedekah dengan mengharap keredhaan Allah SWT. Mereka dijanjikan ganjaran didunia dan diakhirat kelak.

• Bagi sesiapa orang yang beriman mereka dijanjikan keselamatan dunia dan akhirat apabila mereka memberikan sebahagian daripada hartanya kerana Allah SWT.

• Begitu juga dengan sesiapa yang membaca Al Quran mereka juga diberi ganjaran pahala. Setiap huruf digandakan sepuluh kali. Malah dibulan puasa ganjaran itu tidak terhitung ganjarannnya.

• Orang beriman yang selalu berzikir juga disukai Allah SWT. Dia juga akan mendapat ganjaran.

• Ganjaran orang yang selalu menyibukkan dirinya membaca Al Quran Dan berzikir akan diberi Allah SWT pemberian tanpa ia berdoa.

• Membaca Al-Quran walaupun surah surah yang pendek sahaja ianya lebih baik daripada segala perkataan segala makhluk. Malah ganjarannya berlipat-lipat gandanya. Dibulan Ramadhan ia nya tidak terhitung oleh manusia akan ganjarannya.

• Quran diturunkan dengan cara berulang-ulang untuk memberi petunjuk manusia. Akan memberi kesan kepada hambaNYA yang selalu membacanya. Hati dan kulit menjadi lembut.

• Bagi orang-orang yang zalim dihatinya tidak ada ingatan pelajaran dan perintah didalam Al Quran. Malah ianya dilaknati oleh Al Quran itu sendiri.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914