Ustaz Shamsuddin 110421

Kuliah Subuh

• Tahap kehambaan (ubudiah) yang tinggi kepada Allah SWT didalam diri seseorang maka akan  timbul kurniaan NYA.

• Mencapai tahap ubudiah yang  tinggi susah bagi seseorang yang kuat egonya.

• Hakikatnya setiap perkara yang manusia berkehendak adalah kepunyaan Allah SWT. Seperti kekayaan harta benda, kekuatan fizikal, DLL.

• Manusia menjadi kaya, siapa kah yang memberi rezki itu? Tentulah segala kekayaan adalah kurniaan Allah SWT.

• Sekiranya Allah SWT hendak memberi sesuatu kepada hambaNYA tiada siapa yang dapat menghalangnya. Jika DIA mengasihi hamba Nya maka tiada apa yang mustahil akan apa sahaja kurniaan NYA.

• Seseorang yang tahap ubudiah nya tinggi sedar bahawa segala yang dinikmati kesenangan didunia ini datang daripada Allah SWT. Sentiasa bersyukur dan setiap kurniaan akan menguatkan imannya.

• Bagi seseorang yang beriman perlu mempunyai sifat ubudiah. Tahu hamba itu fakir, yang maha kaya adalah Allah SWT. Dan seterusnya sifat sifat yang lain. Hamba itu lemah, yang kuat adalah DIA.

• Sebagai seorang hamba merasakan yang dirinya lemah dan memerlukan pertolongan Allah SWT. Sikap nya perlulah ada kesedaran ubudiah didalam hatinya dan amalan nya menzahirkan sifat ini. Sentiasa memohon dan mengharap anugerah NYA sahaja.

• Apabila memohon bantuan NYA perlulah seseorang itu bersikap merendah diri dihadapan NYA. Sentiasa mengharap limpahan kasih sayang NYA dan takut akan kemurkaan NYA.

• Orang yang beriman haruslah menyandarkan sesuatu kehendak  hanya kepada rahmat NYA. Tidak menyandarkan kepada diri sendiri atau kepada hamba NYA yang lain.

• Ya Allah SWT yang maha kaya, hamba yang fakir ini hanya mengharap pertolongan MU sahaja.

• Apabila seseorang itu menghambakan dirinya kepada Allah SWT, maka diperintahkan dunia menghambakan diri kepada hamba NYA.

• Tetapi jika hamba itu bermegah akan dirinya maka Allah SWT akan memerintahkan dunia meletihkan diri hamba itu.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914