Ustaz Yusuf 031010

Kuliah Subuh

• Orang yang cerdik adalah mereka yang suka mengingati akan kematian. Disamping mempunyai ilmu- ilmu yang lain.

• Orang- orang yang beriman akan diturunkan Allah SWT dengan nikmat yang melimpah.

• Cabaran yang dihadapi oleh orang- orang yang beriman adalah berhadapan dengan musuh ketatnya secara berterusan. Iblis, Syaitan dan Nafsu merupakan musuh yang tidak pernah letih mengajak orang orang beriman mengikut jejak mereka.

• Keadilan dituntut oleh agama Islam. Terutama pemimpin yang berlaku adil ketika menjalankan tugasnya. Tidak memberati kemana mana pihak. Dia memihak kepada pihak yang benar.

• Islam juga menuntut orang- orang yang beriman supaya mendidik anak-anak muda yang senantiasa menghayati agama.

• Masjid merupa tempat yang suci dan mempunyai berbagai peranan didalam pembangunan ummah. Orang- orang lelaki yang beriman hati mereka selalu mengingati masjid. Terpaut hatinya.

• Menghubungi silaturrahim diantara orang orang yang beriman sangat- sangat dituntut oleh Islam. Mendapat ganjaran yang berlipat ganda dua orang mukmin yang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.

• Orang yang beriman haruslah mengembala nafsunya. Mendapat ganjaran yang besar sekiranya seorang yang beriman dapat menahan dirinya apabila diajak oleh sesaorang untuk melakukan perzinaan.

• Bersedekah juga amat dituntut oleh Islam. Terutama mereka yang dilimpahi Allah SWT rezeki yang lebih. Tetapi lebih baik jika sesaorang itu bersedekah secara bersembunyi/ senyap. Tidak mempublisitikan perbuatan itu. Bagaikan tangan kanan memberi tangan kiri tidak tahu menahu.

• Allah SWT juga menyukai sesaorang yang ketika bersaorangan diwaktu sepi, dia mengingati NYA. Berlinangi air mata memikirkan dirinya ketika berhadapan dengan Allah SWT kelak. Bermuhasabah.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914