Ustaz Rusmaidi 141110

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda S.Alam

• Untuk beramal soleh ada perkara yang menjadi penghalang.
- dunia
- manusia
- syaitan
- hawa nafsu

• Dunia selalu membuat manusia cuai daripada mengingati Allah SWT.

• Imam Ghzali menulis didalam kitabnya, untuk menawan dunia sesaorang itu perlu mempunyai sifat ZUHUD.

• Sifat Zuhud itu dimana sesaorang itu mempunyai harta dan pangkat tetapi ia tidak melekat atau terkesan didalam hatinya.

• Manusia juga kadangkala mengajak sesama manusia membuat perkara yang menjauhi diri daripada Allah SWT. Mereka merupakan penghalang kepada melakukan ibadah kepada Allah SWT. Maka perlulah manusia sebegini dijauhkan.

• Penghalang daripada melakukan ibadah yand soleh juga datangnya daripada perkara yang ghaib. Ia itu syaitan laknatullah. Yang sentiasa berusaha melakukan berbagai perbuatan untuk memesungkan manusia daripada Allah SWT. Manusia yang beriman hendaklah menutup ruang- ruang yang membolehkan syaitan memasuki diri sendiri.

• Menutup pintu-pintu syaitan dengan mengubah keperibadian diri sendiri. Daripada seorang yang pemarah kepada penyabar. Daripada seorang yang kedekut kepada seorang yang pemurah.

• Nafsu merupakan sesuatu yang menjadi residen tetap didalam diri manusia. Yang menjadi penghalang kepada melakukan amalan yang soleh. Ianya dapat ditundukkan dengan sifat taqwa.

• Mencari rezeki itu satu keperluan. Kadang kala didalam mencari rezeki membawa kepada kelalaian daripada melakukan ibadah yang soleh. Maka hendaklah manusia itu bertawakkal kepada Allah SWT didalam hal-ehwal pencarian rezeki. Jangan cuai kepada Allah SWT.

• Manusia juga mempunyai sifat susah hati kepada masa depan. Sehingga susah hendak melakukan ibadah yang soleh. Berbagai isu yang manusia bersusah hati sehingga menganggu ibadah mereka kepada Allah SWT. Untuk mengatasinya perlulah diserahkan masa depan kepada Allah SWT. Manusia hanya perlu berusaha bersungguh. Berjaya atau tidak terserahlah kepada Allah SWT.

• Keluarga juga merupakan salah satu perkara yang menjadi penghalang daripada beramal ibadat. Isteri adakalanya membawa kita kearah yang menjauhkan diri daripada Allah SWT. Maka perlulah bersabar dengan kerenah keluarga. Bersabar dengan tetap melakukan ibadah kepada Allah SWT. Staying power.

• Rasa takut kepada Allah SWT akan menjadi pendorong untuk beramal soleh. Takut kepada balasan Allah SWT saperti siksaan api neraka.

• Mengharap kepada Allah SWT agar segala amal yang soleh itu diterima oleh NYA. Mengharap balasan syurga di akhirat kelak.

• Sifat ujub sekiranya ada didalam hati sesaorang itu akan mencacatkan amalan sesaorang itu.

• Maka manusia hendaklah juga mempunyai sifat bersyukur kepada Allah SWT. Menggunakan segala pemberian Allah SWT dengan sepenuhnya.

Wassalam



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914