Ustaz Rahmatullah 121222

Kuliah Maghrib

• Ujian dan fitnah akan mendatangi hati. Terutama seorang yang beriman.

• Sekiranya hati itu tidak dapat melawan fitnah maka dia akan terjerumus ke dalam kancah maksiat.

• Ada orang yang terus jatuh dan tidak langsung kembali ke jalan Allah SWT apabila kalah menghadapi fitnah dan ujian. Hidupnya penuh dengan maksiat.

• Tetapi ada orang yang apabila jatuh ke dalam maksiat dia sedar akan kesalahan nya. Lalu dia terus bertaubat. Kembali ke jalan bimbingan Allah SWT.

• Orang yang sesat didalam hidupnya Allah SWT menjadikan hidupnya didunia sempit. Dan diakhirat nanti dibangkitkan didalam mereka buta.

• Orang yang selalu melakukan perkara-perkara maksiat hatinya jadi hitam. Bagaikan sebuah periuk yang dibakar dengan lama, maka akan jadi hitam. Jika dicuci dengan cepat maka bersih kembali. Begitulah hati, jika bertaubat maka hati yang hitam akan bersih semula. Jika tidak maka akan bertambah hitam lah hati tersebut.

• Seorang yang bertaubat dicintai Allah SWT. Jika dilakukan maksiat apabila dia tersedar yang dia telah terlanjur maka dengan cepat dia bertaubat.

• Selalu bertaubat kerana manusia tidak lepas dari kesalahan. Orang yang selalu bertaubat adalah tanda yang Allah SWT memudahkan hidupnya. Untunglah dia.

• Jika sesaorang itu sudah bertaubat tetapi masih juga melakukan maksiat. Dikira dirinya sudah tidak berguna. Berputus asa dengan rahmat NYA. Maka agama mengajar bahawa seseorang itu jangan sekali-kali berputus-asa. Teruskan bertaubat. Allah SWT maha pengampun.

• Kesedaran seorang yang telah terlanjur melakukan dosa maka dia segera mendatangi taubat kehadrat Illahi. Perbuatan ini disukai oleh Allah SWT. Perlulah sesaorang itu bertaubat dengan bersungguh sungguh didalam hati.

• Jangan sekali kali ada seorang hamba bersangka yang Allah SWT tidak akan mengampunkan dosanya. Kerana DIA adalah yang maha pengampun.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914